Ahad, 11 Disember 2011

[Seloka] Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

warisan kata menjadi penganti teguran dan panduan

Catat Ulasan