Ahad, 11 Disember 2011

[Syair] Syair Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Tersebutlah kisah suata cerita,
Adik-beradik tidak sekata,
Siang dan malam berebut harta,
Tidak hiraukan nasihat bapa.

Bapa selalu bersedih hati,
Melihat kelakuan anak sendiri,
Bapa membawa secekak lidi,
Semua anak dipanggil ke sisi.

Sebatang lidi seorang diberi,
Dipatah-patah denganlah jari,
Bila diberi secekak lidi,
Namun tak retak sebatang lidi.

Itulah nasihat yang diberi,
Oleh si bapa yang di kasihi,
Barulah mereka semua sedari,
Akan kesilapan selama ini.

Bersatu teguh bercerai roboh,
Nasihat bapa mereka patuh,
Hubungan mereka semakin kukuh,
Segala kepayahan bersama ditempuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan